"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan. Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya. Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut. "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.
Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta. Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu." Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.
Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah. Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata... "Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?" Muahhhahahahah...!!! Kan cinta itu buta...
RUANGAN IKLAN