LAWAK ZAMAN BERZAMAN

LAT MEMORIES

Friday, July 10, 2015

CINTA SI BUTA CELIK KEMBALI.


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. "Encik, saya kan buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yg telah digunakan pengunjung restoran ini, saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tau masakan apa yg enak untuk dipesan," kata lelaki buta. Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yg belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut.

"Saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap, sayur keladi masak lemak cili padi," kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan. Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta utk mencium sudu-sudu yg sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yg telah digunakan utk makan menu lainnya. Amin pun berikan sudu itu kpd lelaki buta tersebut. "Bau sudu yg ini sedap juga, seperti baru digunakan utk makan kerabu sotong gan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa..." kata lelaki buta.

Tepat sekali! Lelaki buta itu utk ketiga kalinya datang semula ke restoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia datang pd waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yg datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yg boleh diberikan utk dihidu oleh lelaki buta. Tiba-tiba Amin terfikir utk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yg menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, "Yati, garu sudu ni kat ketiak awak tu." Yati terkejut. "Apalah abang ni, mengarut je!" kata Yati, tidak faham. "Alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni," balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh- gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yg berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kpd lelaki buta yg sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah. Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata... "Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?" Muahhhahahahah...!!! Kan cinta itu buta...


RUANGAN IKLAN 

KISAH SUAMI ISTERI


Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suaminya. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami. "Abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya." Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"Hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "saya nampak kaki awak, saya keluar sekejap, beli roti."


RUANGAN IKLAN 

LAWAK PECAH PERUT 2

Sape makan kambing hati2
Pesanan dari Dr Tee Puu Quat,Hosp Besar.
- sekiranya makan nasi berlauk Kambing, 
minta jangan terus minum air. 
-jarakkan sekurang-kurangnya 1 - 2 jam, Baru minum.
Ia adalah penting..
Ini kerana.. Sekiranya terus minum air selepas makan, di khuatiri Kambing akan terus MELOMPAT keluar dari perut anda kerana seperti yang kita tau..kambing takutkn AIR..
Sila Share kpd yg lain... 


RUANGAN IKLAN 

Wednesday, February 25, 2015

KISAH LAWAK PEROMPAK BAS KILANG

Di suatu petang sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."


RUANGAN IKLAN 

Thursday, February 19, 2015

KISAH LUCU DULU2.. CIKGU DAN MURID SABARR JER LE!

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.


Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.


Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).


Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.


Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.


Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.


Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.


Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.


Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.


Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.


Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.


Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.


Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.


Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”


Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.


Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…


Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Ajoi :@$%&#^%


RUANGAN IKLAN