LAWAK ZAMAN BERZAMAN

LAT MEMORIES

ALKISAH BERLAKU DI PERAK.

Terjadi di Perak.. ambil ikhtibar..

Setelah selesai solat Zohor di sebuah masjid di Kampung Manjoi... Disebabkan takut jem.. aku bergegas ke kereta. Tetapi ketika diparking langkahku terhenti seketika... ada sebuah dompet besar betul² terjatuh di tepi kereta ku. Dengan hati² aku angkat dompet itu. Agak berat berisi.

Rasa serba salah, dengan terpaksa demi untuk mengetahui identiti pemiliknya, aku buka dompet itu dan menemukan sebuah envelop besar dari nama sebuah bank. Aku baca didalamnya juga ada nama dan alamat, serta sejumlah wang. Duit note RM100 dalam 10 ikatan yang tebal. Aku panik. Antara keliru dan rasa amanah, aku kembali ke masjid. Wang ini harus aku cari pemiliknya. Tapi tanya semua jemaah, tak seorang pun yang kenal.

Aku tidak ada pilihan selain mencari pemiliknya..... Lantas aku bergegas memandu ke alamat yang ada dibungkusan wang itu. Ketika sampai, aku cuba beri salam dan mengetuk pintu pagar rumah. Keluar seorang lelaki yang sudah berumur berperawakan tinggi, berkulit putih cerah kearab-araban yang menjawab salam dan  bertanya "mahu mencari siapa..?"

Aku bagi tau dia "Saya hendak berjumpa dengan Tuan Haji Salim,  betulkah rumah ni..?"

"Saya Hj Salim.. ada apa encik..?"

"Pak Haji tadi solat di masjid di Ittihadiah.." tanya ku.

"Ya.. Betul.."

"Pak Haji tadi ada bawa apa² tak, waktu pegi solat..?"

Dia menjawab "Astaghfirullah.. iya .. saya bawa dompet besar coklat dan dari tadi saya mencari-carinya.. Saya lupa dimana letaknya.." Pandangannya ke arah saya penuh dengan tanda tanya.

Aku pergi ke kenderaan dan mengeluarkan dompet besar yang aku jumpa tadi. "Dompet yang ini ke Tuan Haji..?"

"Ya..ya.. yang itu.. Alhamdulillah.. terima kasih nak.. Dalam tas ini bapak simpan wang yang bapak baru ambik dari Bank tadi.."

Tanpa banyak bicara, aku serahkan dompet itu dan minta diri untuk pulang.

Tapi aku ditahan pak Haji Salim "Tunggu nak, ada yang ingin saya hadiahkan padamu sebagai tanda terima kasih saya.."

Hj Salim yang berwajah arab ini, lalu memanggil nama seorang wanita. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berhijab.... mata bertentang mata... cair hati tak terkata... degup jantung kencang tak terkira....

"Nak ini anak saya. Dia belum menikah. Dia janji akan menikah dengan laki² yang baik dan jujur seperti kamu.."

Aku terkejut bewak.. Dengan tergagap aku berkata, "Maaf Tuan Hj, saya sudah beristeri. Saya kena bincang dengan isteri saya.. dan mintak izin dengan dia tentang rancangan Tuan Hj ni.."

Hj Salim tersenyum, dia kata "Bertenang nak, nanti biar saya yang minta izin dari isterimu. Ada no hp nya..?"

Aku mengangguk lesu..  malu tapi mau...mana tak maunya..... Anak dia punya la cun....  lalu aku pun bagi la no hp wife aku. Tuan Haji Salim terus dial nombor tu....dan dia bagitau cerita sebenar......

Tubuh aku tiba² mengigil...... apalagi saat telefon tu diberikan kepada aku.... katanya isteri ku mahu bercakap dgn aku, terlintas di fikiranku...... apalah aku nak jawab nanti...

Bagaikan halilintar membelah bumi.... Di saat terdengar suara isteri ku bercakap dengan agak kuat...

"Bang.... bang.... Abangggg bangun..!! Asar dah nak habis nie....🤣🤣


RUANGAN IKLAN 

No comments:

Post a Comment