LAWAK ZAMAN BERZAMAN

LAT MEMORIES

KISAH TIGA ORANG GILA



Terdapat tiga orang kurang siuman dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Sumardi, Wadiman dan Ajoi, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.

Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.

Sumardi orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.

"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"

Sumardi berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.

"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."

Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Sumardi.

Kemudian, dia memanggil Wagiman pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu.

"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Wagiman berkata setelah berfikir panjang.

"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.

"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"

Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Kemudian, Ajoi pula dipanggil.

"Awak dah lama benar di sini kan?"

"Ya, tuan doktor" jawab Ajoi selamba.

Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Ajoi sebelum ini.

"Oh, padang pasir, memang panas betul sana,"Ajoi tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.

"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Ajoi sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.

"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."

Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Ajoi.

"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"

Ajoi dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"


RUANGAN IKLAN 

No comments:

Post a Comment