LAWAK ZAMAN BERZAMAN

LAT MEMORIES

KES GILO TERPENCIL

Kes Gilo Terpencil

Ada sepasang suami isteri pergi memancing di Tg.Rambutan. Tidak lama kemudian si suami ingin berehat, lalu isteri pergi sendirian dengan speed boat di tempat yang dilarang memancing dan secara kebetulan didatangi oleh pengawal tempat itu..

Pengawal: Selamat pagi puan 
Isteri: Selamat pagi

Pengawal: Tahukah Puan tempat ini dilarang memancing..?

Isteri: Ya saya tau

Pengawal: Kalau begitu saya akan menangkap Puan, kerana Puan memancing di tempat yang terlarang

Isteri: Apa masalahnya..? apakah ada tanda-tanda bahawa saya mahu memancing..?

Pengawal: Itukan Puan ada bawa alatnya untuk memancing

Isteri: Kalau begitu, saya juga akan melaporkan awak kepada pihak berkuasa

Pengawal: Puan mahu laporkan saya tentang apa..?

Isteri: Saya akan melaporkan awak mahu merogol saya

Pengawal: Adakah tanda-tanda bahawa saya mahu merogol Puan..? menyentuh pun tidak

Isteri: Tapi awak bawa alatnya

Pengawal: ?????????????????   


RUANGAN IKLAN 

No comments:

Post a Comment