LAWAK ZAMAN BERZAMAN

LAT MEMORIES

PEMANDU TEKSI YANG STRESS

Mungkin guru2 rasa kerjaya dia je yg stress tapi ramai
lagi yang lebih stress dari kerjaya guru...

Pak Mat pemandu teksi lagi Stress
-----------------------------------------

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan,
tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah
kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu
mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan.
Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

 Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir.
Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Pak Mat balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang.
Isterinya ajak Pak Mat jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi
dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

Tkasih sudi baca sampai habis... tolong jgn stressss
😟😟😟


RUANGAN IKLAN 

No comments:

Post a Comment