LAWAK LELAKI MALANG

Suatu masa dulu di texas, hidup seorang mamat yang bername Joni yang keghairahannya memakan kacang dalam tin, tetapi problemnya Joni selalu menghadapi masalah yang memalukan selepas memakan kacang dalam tin. Perut memulas, sendawa adalah antara sintom yang selalu dialaminya selepas memakan makanan ini.

Suatu hari Joni telah bertemu perempuan idaman kalbunya Lily dan merancang untuk berkahwin, tapi di dalam hatinya telah berfikir bahawa dia harus berhenti daripada memakan makanan kegemarannya untuk mengelakkan keaiban diri. Jadi nekadlah joni untuk berhenti daripada memakan kacang dalam tin.

Selang berapa hari tibalah birthday Joni. Lily mahu membuat parti suprise untuk Joni lalu menghantarnye ke pekan untuk membeli susu lembu. Semasa dalam perjalanan pulang, kereta Joni telah rosak dan dia pun menelepon Lily untuk memberitahu tentang keadaannya. Wah! apa lagi suka le Lily pasal ade banyak masa untuk prepare parti suprise tu.

So.. berjalan lah joni sejauh 11 batu untuk balik ke rumahnye... tibe2 setelah setengah jalan Joni terbau aroma kacang dalam tin datang daripada sebuah kafe di bahu jalan. ape lagi berfikirlah joni bahawa apa salah nye berenti sekejap untuk makan semangkuk dua lagi pun masih jauh lagi nak menapak. masuk la Joni dalam kafe dan tanpa berlengah telah mengoder 3 mangkuk kacang.. puasla hatinye..

Maka menapak la lagi Joni selepas membedal 3 mangkuk kacang dan setelah sekian masa sampaila Joni di rumah. Lily telah pun menunggu Joni di pintu untuk menyambutnya dengan suka hati sekali.. lalu menyuruh joni menutup mata dengan secebis kain kerana ada suprise untuknya. Dibawanya joni ke dapur ..tiba-tiba telepon di ruang tamu telah berdering dan lalu Lili meninggalkan joni sendirian dan sempat memesan joni agar tidak membuka pembalut mata sebelum dia kembali, maka ikut la Joni dengan kata-kata Lily..

Tiba-tiba perutnya memulas dan terasa hendak kentut.. lalu tanpa berlengah-lengah Joni pun melepaskan kentut yang amat busuk sambil mengangkat sebelah kakinya, tak cukup dengan itu datang pula kentut no.2 dengan bau seperti bangkai lembu.. lalu Joni tanpa lengah-lengah mencabut bajunya dan mengibas-ngibas kan bajunya untuk mengudarakan oksigen dalam dapur itu. Tak lama selepas itu kembalilah Lily dari ruang tamu dan membuka pembalut mata joni..sambil berkata suprise!!!! dan di depan joni terduduk 12 orang tetamu sambil menutup hidung!

Alahai kesian Joni..



RUANGAN IKLAN 

No comments:

Post a Comment